Assalamualaikum,,semalam adlah hari dimana planet Zuhrah transit mengelilingi matahari.
Yang titik gelap tu adalah planet Venus dan yang belakang tu adalah matahari..Planet Venus ini transit melintasi matahari ..Fenomena ini belaku kali terakhir pada tahun 2004.
"
Bagaimana Fenomena Transit Zuhrah Berlaku?
Bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari. Zuhrah pula mengambil masa 225 hari untuk melengkapi satu pusangan mengelilingi matahari. Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya lebih laju berbanding Bumi). Ketika itu ia akan berada di antara Matahari dan Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya ia akan berada di bawah atau atas matahari." info drpd
http://kulanzsalleh.com .
"
Fenomena transit planet Zuhrah ini berlaku dalam satu corak berulang setiap lebih sikit dari 100 tahun dan biasanya berlaku dalam 2 pasangan yang dijarakkan 8 tahun antara satu sama lain. Contohnya, kali terakhir transit ini berlaku ialah pada tahun 1874 dan 1882, kemudian ia berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125, iaitu 105 tahun dari sekarang" info drps http://kulanzsalleh.com .
Subhanallah ,, Maha Suci Allah yang menciptakan kejadian alam.